16 Mei…
Kenapa
perlu meraikan hari guru? Kerana guru merupakan insan terpenting selepas ibu
bapa dalam kehidupan seseorang murid. Hari guru adalah yang istimewa untuk
meraikan jasa dan pengorbanan seorang guru untuk mendidik anak bangsa menjadi
insan yang berguna.
Kita
panjatkan kesyukuran kepada Ilahi Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Maka
Berkuasa dan Maha Pencipta kerana memilih kita sebagai GURU. Sesungguhnya guru
mempunyai tanggungjawab yang:
berat, jika dianggap berat,
mudah, jika mengambil mudah
mulia, jika dilaksanakan dengan sepenuh
jiwa raga dan Lillahita'ala.
Sesungguhnya,
sama ada kita guru, murid atau bekas murid, inilah harinya untuk kita
menyampaikan penghargaan yang khusus dan istimewa kepada guru, lebih istimewa
daripada ucapan penghargaan yang kita berikan setiap hari kepada guru kita atau
bekas guru kita.
Buat
semua guru yang pernah mendidik dan menyampaikan ilmu kepada saya, terima kasih
yang tidak terhingga saya ucapkan. Khidmat baktimu, jasamu dan ilmu yang kau
titipkan kepadaku akan aku manfaatkan demi kebaikan semua. Semoga hidup kalian
sentiasa dirahmati Allah.
Buat semua
guru yang masih berkhidmat...
Jadilah
seorang guru yang hadirnya diTUNGGU, hilang diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya
diSERU, tingkah lakunya diTIRU...
SELAMAT
HARI GURU buat semua pendidik...Guru: Pencetus
Kreativiti, Penjana Inovasi, tema Hari Guru 2014 selaras dengan
transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu
berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid
yang holistik dan seimbang.
Guru...
Dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru...
-- -- -- -- -- -- -- -- -- --
-- -- --
-- -- -- -- -- --
--
-- -- -- --
Meski menangis dalam tawa
meski senyum dalam duka
meski pahit bagai gula
sabarlah
redalah
kerana kita guru yang kental jiwa dan raga
mendidik anak bangsa
dulu, kini dan selamanya.